Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah 1445H/2024M

Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah 1445H/2024M
Kuala Perlis - YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis telah meluangkan masa hadir bersama-sama rakyat Negeri Perlis untuk menyaksikan pelaksanaan proses cerapan anak bulan atau rukyah hilal semasa Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah Tahun 1445H / 2024M yang diadakan pada 7 Jun 2024M bersamaan 29 Zulkaedah 1445H di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis.
 
Beliau turut diiringi oleh Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Perlis, Ahli Parlimen Kangar, ADUN Kuala Perlis dan Ketua Jabatan / Agensi Agama Negeri Perlis sepanjang majlis tersebut berlangsung.
 
Jabatan Mufti dan Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM) merupakan antara Jabatan yang telah dipertanggungjawabkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia untuk melaksanakan proses cerapan anak bulan atau rukyah hilal dari semasa ke semasa bagi mencerap kewujudan anak bulan atau hilal sewaktu matahari terbenam pada hari-hari terakhir dalam bulan-bulan Islam / Hijriyah berdasarkan Kriteria Imkanul Rukyah di Negeri Perlis.
 
Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah pada kali ini juga turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah, ILIM, JAKIM iaitu Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek dan pegawai-pegawai dari JAKIM serta para pelajar dari UiTM, Arau dan KUIPs, Kuala Perlis. Majlis tersebut juga merupakan salah satu program asas yang sangat penting bagi penetapan tarikh awal Bulan Zulhijjah Tahun 1445H di seluruh Malaysia.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 645
Semalam 1741
Minggu Ini 4071
Bulan Ini 29235

Keseluruhan 3639275

   Masa Capaian : 1.13 saat    Kemaskini :  19/5/2026