Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke 68/2024

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke 68/2024

Perlis - Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-68/2024 telah bersidang pada 5 dan 6 Jun 2024 di Dewan Kuliah MAIPs, Behor Temak Perlis.

Mesyuarat ini melibatkan seramai 14 orang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis lantikan  sesi 2024 dan  dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis.  

Turut hadir dalam persidangan kali ini ialah, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis, YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs dan YBhg. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Terdapat lima kertas kerja dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan antaranya ialah Hukum Dan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Orang Kelainan Upaya (OKU), Hukum Rujuk Dengan Perbuatan, Hukum Berkenaan Tanah Perkuburan dan beberapa hukum yang lain. 

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis turut mengadakan kunjungan mahabbah ke kediaman SS. Mufti Negeri Perlis di Bukit Keteri Perlis. SS. Mufti Ngeri Perlis menzahirkan kegembiran dengan kehadiran tetamu yang hadir. Kunjungan seperti ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ahli dan dapat bertukar-tukar pandangan yang lebih luas untuk kepentingan ummah sejagat. 

Mesyurat Jawatan Kuasa Fatwa ini telah diurusetiakan oleh Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 671
Semalam 1685
Minggu Ini 2356
Bulan Ini 27520

Keseluruhan 3637560

   Masa Capaian : 0.95 saat    Kemaskini :  19/5/2026