• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

PM X Ke Perkampungan Sunnah Siri ke 9/2024

PM X Ke Perkampungan Sunnah Siri ke 9/2024

Oleh : Emi Yusmidar / Gambar : Fahmi 

3 Mei 2024 : Perkampungan Sunnah 2024 kini kembali lagi dengan tema JIHAD: Memartabatkan Dakwah, Mempertahankan Ummah. Program tahunan yang bermula tahun 2015 anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama MAIPs dan PCW kini telah mencapai siri yang ke-9. 
 
YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia juga buat pertama kalinya telah berbesar hati untuk hadir sekaligus menyampaikan ucapan di dalam slot khas yang bertajuk Jihad Membina Negara. Beliau dalam ucapannya berkata,  Rakyat perlu menguasai kecerdasan buatan (AI) bagi menjamin nilai budaya dan moral dalam teknologi itu ditentukan sendiri oleh masyarakat di negara ini.
 
Bagi edisi ke-9 ini hampir 50 penceramah bakal berkongsi ilmu berkaitan jihad menerusi lebih 30 slot disediakan  dan dijangka bakal mendapat sambutan yang hangat di kalangan masyarat dalam dan luar Perlis sepanjang tiga hari program berlangsung di samping 13 aktiviti lain termasuk pameran, aktiviti sukan, jualan, dakwah jalanan serta program melibatkan agensi kerajaan.
 
Turut hadir sama dalam majlis ini, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Agama), Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
 
Hadir sama dalam majlis ini Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Penceramah Forum, Wakil-Wakil Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Pegawai Pejabat Perdana Menteri serta pengunjung Perkampungan Sunnah Siri ke-9.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1434
Semalam 2772
Minggu Ini 13876
Bulan Ini 41758

Keseluruhan 2532051

   Masa Capaian : 0.78 saat    Kemaskini :  15/5/2024