• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Ceramah Mufti Perlis Bersama Kakitangan MPK Kangar Perlis

Ceramah Mufti Perlis Bersama Kakitangan MPK Kangar Perlis

Oleh : Zilhilmi Khobin 5 April 2024

Gambar Ehsan : Zulfahmi 
 
Majlis Perbandaran Kangar telah menganjurkan program Muhasabah Di Akhir Ramadan bersama kakitangan mereka bertempat di Dewan Mesra MPK Perlis pada jam 9.00 pagi. 
 
SS. Mufti Negeri Perlis telah dijemput khas bagi memberi pengisian kepada seluruh kakitangan MPK. Program ini diadakan merupakan program tahunan yang telah dimulai sejak beberapa tahun yang lalu.  Program ini antara lainnya bertujuan untuk mendedahkan kepada semua lapisan masyarakat berkenaan isu-isu semasa, perkara berkaitan hukum hakam dalam agama Islam dan berkenaan dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis. 
 
Seramai lebih kurang 100 orang peserta yang kebanyakannya terdiri dari kakitangan MPK turut hadis pada majlis tersebut. Peserta yang hadir berpeluang untuk bertanya sebarang permasalahan agama secara terus kepada SS Mufti Negeri Perlis. 
 
Pada program berkenaan Jabatan Mufti Negeri Perlis turut melancarkan Hayya Ala Solah kepada semua kakitangan MPK Perlis.
 
Pada program yang sama juga SS. Mufti Negeri Perlis turut memberikan nasihat kepada semua agar sentiasa memepetingkat amalan terutamanya pada 10 akhir pada bulan Ramdhan, walaupun keriangan menyambut aidilfitri kian terasa. 
 
Turut diadakan pada program tersebut edaran buku terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis berkenaan Adab-Adab Iktikaf 10 Akhir Ramadan bagi manfaat tetamu yang hadir.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1524
Semalam 2772
Minggu Ini 13966
Bulan Ini 41848

Keseluruhan 2532141

   Masa Capaian : 0.78 saat    Kemaskini :  15/5/2024