Pelancaran Buku Garis Panduan Pengurusan Jenazah Umat Islam Negeri Perlis

Pelancaran Buku Garis Panduan Pengurusan Jenazah Umat Islam Negeri Perlis

10 Mac 2024 (Ahad) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan melancarkan buku Garis Panduan Pengurusan Jenazah Umat Islam Negeri Perlis bersempena Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1445 H.

Cetusan idea penghasilan buku ini adalah daripada Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-58/2022 dan telah diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Buku ini menghimpunkan tatacara tentang soal hukum hakam ibadah berkaitan pengurusan jenazah bagi orang islam bermula dari awal berlakunya kematian hinggalah selesai proses pengebumian. 

Selain itu, terdapat juga panduan untuk ahli waris melakukan amalan yang bermanfaat untuk ahli kubur berdasarkan petunjuk al-Quran Dan Sunnah. 

Pada majlis tersebut, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah menerima Buku Garis Panduan Pengurusan Jenazah Umat Islam Negeri Perlis sebagai simbolik pengedaran ke seluruh masjid di Negeri Perlis.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Besar Perlis, wakil-wakil ketua jabatan Negeri Perlis, Exco-Exco Kerajaan Negeri Perlis, wakil-wakil media dan masyarakat setempat.

Buku ini juga mula diedarkan di Pejabat Mufti Negeri Perlis dan turut boleh didapati melalui laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 777
Semalam 2142
Minggu Ini 15871
Bulan Ini 55869

Keseluruhan 3665909

   Masa Capaian : 0.96 saat    Kemaskini :  29/5/2026