Pelancaran Program Jom Ramadan Di Perlis

Pelancaran Program Jom Ramadan Di Perlis

10 Mac 2024 (Ahad) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan melancarkan Program 'Jom Ramadan di Perlis'. Pelancaran ini diadakan bersempena Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1445H bersamaan 2024 M di Masjid al-Hussain Kuala Perlis.

Program ini merupakan satu  bentuk  pengimarahan masjid pada bulan Ramadan.  Program Jom Ramadan Di Perlis ini juga diadakan dengan kerjasama Jabatan  Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan Perlis Centre of Wisdom serta Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis sebagai penaja utama. 

Program penghayatan Ramadan yg akan diadakan di Masjid Alwi Kangar ini, diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada msyarakat tentang ilmu-ilmu syariat dan kerohanian yang dapat menyuburkan semangat dan motivasi untuk melipat gandakan amalan sepanjang bulan yang mulia ini. 

Antara pengisian program yang dijalankan sempena  'Jom Ramadan Di Perlis'  ialah Solat Terawih, Kuliah Selepas Terawih, Qiam, Sahur, Kuliah Selepas Subuh, Kuliah Tafsir dalam bahasa Inggeris,  Durus Ramadan, Halaqah Al-Quran selepas Asar, Tazkirah Santai sebelum berbuka Puasa dan Kuliah Dhuha untuk muslimat pada setiap sabtu dan ahad dan Raudatul Iktikaf di 10 malam Terakhir.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Besar Perlis, wakil-wakil ketua jabatan Negeri Perlis, Exco-Exco Kerajaan Negeri Perlis, wakil-wakil media dan masyarakat setempat.

Marilah sama-sama memeriahkan Jom Ramadan Di Perlis.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 394
Semalam 1482
Minggu Ini 394
Bulan Ini 40392

Keseluruhan 3650432

   Masa Capaian : 0.94 saat    Kemaskini :  22/5/2026