Persidangan Majlis Ilmuan Nusantara Kali Pertama 2024

Persidangan Majlis Ilmuan Nusantara Kali Pertama 2024

16 Februari 2024 - Sedang berlangsung Persidangan Majlis Ilmuan Nusantara Kali Pertama  yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. 

Persidangan yang berlangsung selama dua hari ini di hadiri oleh 30 orang panel dari 5 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Persidangan Majlis Ilmuan Nusantara (MIN) Kali Pertama Tahun 2024 antara objektifnya   adalah untuk menjadi wadah penyelarasan isu-isu semasa nusantara yang berkaitan dengan islam dan umat Islam melalui sesi persidangan ini serta mewujudkan perbincangan berkaitan isu-isu feqah semasa secara ilmiah yang sesuai diaplikasikan di peringkat nusantara.

Persidangan hari pertama ini dimulakan dengan sidang yang bertajuk “Pendirian Terhadap Kepelbagaian Ahlussunnah Dari Segi Kepercayaan” yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis. Antara anggota pembentang adalah YBhg. Profesor Dr Muhammad Rozaimi bin Ramli, Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), YBhg. KH. Dr. Muhammad Zaitun Rasmin, Ketua Umum Wahdah Islamiyah, Indonesia dan YBhg. Asst. Prof. Dr. Abdu Rahman Japakiya, Dekan FPI, Universiti Fatoni, Thailand.

Turut berlangsung pada hari pertama ini adalah Majlis Perasmian Persidangan Majlis Ilmuan Nusantara Kali Pertama 2024.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis telah berkenan berangkat dan menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Majlis Ilmuan Nusantara (MIN) Kali Pertama Tahun 2024.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan mengurniakan Sijil Majlis Ilmuan Nusantara (MIN) kepada para peserta persidangan.

Hadir sama di majlis perasmian, YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), Sahibus Samahah Dato' Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, YAA Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis,  Ahli-Ahli Yang Berhormat serta wakil-wakil yang terlibat.

Sidang akan diteruskan dengan perbincangan resolusi pada 17 Februari 2024.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1032
Semalam 2136
Minggu Ini 10507
Bulan Ini 21250

Keseluruhan 3631290

   Masa Capaian : 0.93 saat    Kemaskini :  15/5/2026