• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Islam Di Perlis Hendaklah Utamakan Pendekatan Harmoni – Raja Muda Perlis

Islam Di Perlis Hendaklah Utamakan Pendekatan Harmoni – Raja Muda Perlis

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa pelaksanaan amalan agama di negeri ini dengan pendekatan memudahkan bukan menyulitkan selagi tidak bertentangan dengan syariat dan kemaslahatan awam.

Titah baginda, amalan berkenaan termasuk di masjid sehingga kepada perkahwinan, zakat, wakaf dan segalanya berkaitan amalan Islam.

“Penyampaian Islam kepada mereka yang bukan Muslim di negeri ini pula hendaklah dengan cara yang memudahkan mereka faham dan memudahkan mereka mengamalkan agama ini jika mereka menerimanya.

“Islam di Perlis hendaklah mengutamakan pendekatan yang harmoni untuk semua Muslim dan bukan Muslim.

“Perkara tersebut juga adalah selari dengan ‘Titah 7 Amanat Tuanku Raja Perlis’, seperti yang telah dizahirkan oleh Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 20 April 2017 lalu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan kepada 140 orang asnaf terpilih dalam satu program yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Ubudiah, Sematang Serdang, Simpang Empat. Majlis agihan tersebut melibatkan seramai 70 penerima dari kariah Sematang Serdang dan 70 lagi penerima dari kariah Chemumar.

Setiap di antara mereka mendapat bantuan wang MAIPs sebanyak RM700 secara tunai daripada baginda.

Para penerima terlebih dahulu menjalani saringan kesihatan secara percuma yang dilaksanakan oleh para pegawai dari Jabatan Kesihatan negeri.

Turut diadakan ialah aktiviti ceramah ‘Bangun Jiwa Asnaf’ oleh MAIPs serta ceramah kesselamatan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Sumber : Utusan 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1206
Semalam 2431
Minggu Ini 3637
Bulan Ini 35810

Keseluruhan 2959612

   Masa Capaian : 0.88 saat    Kemaskini :  14/10/2024