• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Penjelasan dan Penyerahan Fatwa Negeri Perlis

Penjelasan dan Penyerahan Fatwa Negeri Perlis

9 Nov jam 3.00 ptg, satu libat urus penjelasan dan penerangan fatwa telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Perlis. Ia bertujuan agar sesuatu keputusan fatwa yang dikeluarkan difahami dan boleh diaplikasikan oleh pihak berkepentingan dan stake holder yang terlibat. Sesi kali ini melibatkan beberapa fatwa iaitu :

   1) Hukum Zakat KWSP & Kadar Zakat KWSP
   2) Fatwa Pengurusan Lebihan Harta Pusaka
   3) Hukum Menggugurkan Janin Yang Cacat
 
Beberapa agensi kerajaan yang terlibat telah menghadiri sesi kali ini iaitu Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, KWSP Cawangan Perlis, Amanah Raya, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan ( Bahagian Pusaka Kecil), Hospital Tuanku Fauziah dan pihak wartawan.
 
Selain daripada penjelasan fatwa yang disampaikan oleh Pegawai Bahagian Fatwa, turut berlangsung sesi soal jawab dan perkongsian maklumat daripada pihak agensi yang hadir. Pihak kami dimaklumkan bahawa hampir 80% pencarum KWSP yang aktif masih menggunakan akaun konvesional atau belum bertukar kepada akaun syariah.
 
Sesi penyerahan fatwa kepada wakil agensi yang hadir telah disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim, Timbalan Mufti Negeri Perlis.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 156
Semalam 1899
Minggu Ini 156
Bulan Ini 7071

Keseluruhan 2133234

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  01/12/2023