• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Raja Muda Perlis Berkenan Adakan Pertemuan Dengan Mufti Kemboja

Raja Muda Perlis Berkenan Adakan Pertemuan Dengan Mufti Kemboja

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan pertemuan dengan Mufti Kemboja, Oknha Haji Kamaruddin Yusof di ibu pejabat Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam negara itu yang beroperasi di Khan Russey Keo, Phnom Penh.

Kamaruddin juga adalah merupakan Presiden Cambodia Halal Technical dan sudah pernah beberapa kali berkunjung ke negeri Perlis sebelum ini.

Untuk rekod, hubungan antara komuniti Islam di Kemboja dengan Perlis telah bermula puluhan tahun lalu semenjak era bekas Mufti Perlis lagi iaitu ketika Allahyarham Datuk Alim Panglima Haji Mat Jahya Haji Hussin masih berkhidmat dari tahun 1984 sehingga 2006.

Terdapat lebih daripada 45 orang pelajar berasal dari Kemboja yang pernah belajar di beberapa buah institusi pendidikan di Perlis seperti Maahad At-Tarbiyah Al-Islamiah (MATRI) dengan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pembelajaran di peringkat diploma dalam pelbagai bidang pengajian Islam di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) yang sekarang menjadi alumni pelajar Perlis sekali gus sedang bergiat aktif dalam pelbagai lapangan pendidikan dan pengurusan Islam di Kemboja.

Antara yang mengiringi baginda dalam pertemuan itu adalah Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle bagi membincangkan beberapa kerjasama dua hala termasuklah dalam bidang pendidikan dan pengurusan hal ehwal Islam.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang Dipertua MAIPs ialah sejurus berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh.

Baginda disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Cambodia, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim bagi memulakan lawatan khas dengan tujuan bagi merasmikan sebuah masjid sumbangan Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia dengan kerjasama MAIPs di Choy Metrey.

Sumber: Utusan

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 161
Semalam 1899
Minggu Ini 161
Bulan Ini 7076

Keseluruhan 2133239

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  01/12/2023