• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Seminar Zikra Al Rasul Bersempena “Rabiulawal Bulan Menghayati Sirah”

Seminar Zikra Al Rasul Bersempena “Rabiulawal Bulan Menghayati Sirah”

15 September 2023 (Jumaat)- Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Seminar Zikra Al Rasul bersempena “Rabiulawal Bulan Menghayati Sirah”. Program ini diadakan di Dewan Bakawali, Mess Pegawai Kanan PDRM, Kangar Perlis bermula jam 8.30 Pagi sehingga 12.00 Tengah Hari. 

Seminar ini adalah kesinambungan dari Kempen Perlis Berzikir yang  telah dilancarkan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 18 Mac tahun lalu. ‘Perlis Berzikir’ adalah satu kempen mengajak rakyat Perlis yang beragama Islam mengamal dan membanyakkan zikirulLah (menyebut dan mengingati ALLAH) seperti yang diajarkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan seharian. Antara tujuan yang lain juga ialah Menyebarkan Ilmu tentang zikir. Oleh kerana zikir merupakan amalan agama, maka ia memerlukan pengetahuan atau fiqh ZikrilLah dalam mengamalkannya berdasarkan apa yang diajar oleh al-Quran dan al-Sunnah. Maka, kempen ini membantu ilmu tentang zikir ini terus berkembang.

Pada seminar ini para peserta yang terdiri daripada Guru Takmir Negeri Perlis, Imam-imam Negeri Perlis, Guru-Guru Agama KPM, wakil wakil pelajar dari sekolah-sekolah terpilih dan turut menerima peserta dari orang awam. Lebih 500 orang menghadiri seminar yang diadakan ini. 

Antara pembentang dalam Seminar Zikra Al Rasul Ialah YBhg. Sheikh Wan Syukri Bin Wan Ismail dari Thailand. Beliau membentangkan Tajuk berkenaan Ibrah Melalui Peristiwa Kelahiran Rasulullah SAW. Selepas pembentangan tersebut turut diadakan Forum Khas : Hijrah Rasulullah SAW : Peristiwa Dan Iktibar. Forum tersebut menampilkan YB. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fadhli Bin Shaari dan YBhg. Dato’ Dr. Fathul Bari Bin Mat Jahya. Forum telah dimoderatorkan oleh YBhg. Ustaz Mohd Rizal Bin Azizan.

Mufti Negeri Perlis juga turut mengisi ruang dalam seminar tersebut dengan menyampaikan tajuk berkenaan Bulan Rabiulawal : Peristiwa Kewafatan Rasulullah SAW.

Di dalam seminar ini, YAB Menteri Besar Perlis telah hadir dan menyempurnakan pelancaran. Turut hadir barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1147
Semalam 1356
Minggu Ini 1147
Bulan Ini 2503

Keseluruhan 2012312

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  27/9/2023