• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Konvensyen Masjid-Masjid Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023

Konvensyen Masjid-Masjid Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023

7 September 2023 – Konvensyen Masjid-Masjid Peringkat Negeri Perlis Tahun 2023 telah diadakan pada 7 September 2023 (Khamis) bertempat di Dewan Warisan Kangar Perlis.Konvensyen ini telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Raja Muda Perlis. 

Mufti Negeri Perlis SS. Prof. Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin telah diberi penghargaan untuk menyampaikan ucaptama berkenaan Pengimarahan Masjid, Tanggungjawab Semua.

Antara yang perlu diambil perhatian oleh para imam dan Ahli Jawatankuasa adalah memastikan masjid berfungsi sebagai penyatuan dan menghindari unsur yang boleh memecah belahkan masyarakat setempat. Selain itu, masjid juga perlu berfungsi sebagai pusat keilmuan dan juga sebagai pusat rujukan dan khidmat kepada masyarakat.

Mufti Negeri Perlis juga memperingatkan agar para imam dan pegawai masjid di seluruh Negeri Perlis agar mengikuti Garis Panduan Masjid Dan Surau yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NegerI Perlis Dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). 

Dalam Konvensyen yang sama turut diadakan pembentangan berkenaan Inovasi dan Kreativiti Pengimarahan Masjid oleh YBhg. Dr. Hj. Abdullah Bin Ismail dan YBhg. Tuan Hj. Mohd Nazim Bin Mohd Noor yang telah membentangkan berkenaan Pengurusan Zakat Dan Wakaf kepada para hadirin yang hadir.

Di dalam konvensyen ini, DYTM Raja Muda Perlis berkenan untuk melancarkan gimik perasmian Pelancaran Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) dan mengurniakan Anugerah Pengerusi Masjid Terbaik serta Anugerah Masjid Lestari Terbaik.

Turut hadir bersama di dalam konvensyen ini, YAB Menteri Besar Perlis.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1095
Semalam 1356
Minggu Ini 1095
Bulan Ini 2451

Keseluruhan 2012260

   Masa Capaian : 0.87 saat    Kemaskini :  27/9/2023