Program Ihya’ Masjid Sempena Program Semarak Merdeka Komuniti Madani 2023

Program Ihya’ Masjid Sempena Program Semarak Merdeka Komuniti Madani 2023

5 September 2023 -  Program Ihya’ Masjid Sempena Program Semarak Merdeka Komuniti Madani 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 5 September 2023 (Selasa) bertempat di Masjid Nurul Huda Felda Chuping Kangar Perlis selepas Solat Maghrib.

Program ini  bertujuan menerapkan nilai-nilai kemerdekaan dikalangan masyarakat setempat bersempena dengan bulan kemederdekaan yang baru disambut pada 31 Ogos 2023. Ianya juga dapat memperkukuhkan perpaduan serta menimbulkan keinsafan terhadap nilai jati diri bangsa yang benar.

Di dalam program ini turut diadakan forum khas yang bertajuk " Merdekakah Kita" dengan menampilkan dua ahli panel yang terkemuka iaitu YBhg. SS. Prof. Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin (Mufti Negeri Perlis) dan YBhg. Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Bin Ramle (Rektor KUIPs) bagi mengupas isu-isu yang bertemakan kemerdekaan. Forum telah dimoderatorkan oleh YBhg. Ustaz Mohd Rizal Bin Azizan (Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIPs). 

Program yang dihadiri oleh seramai 500 para   jemaah ini,  telah membuka  berpeluang kepada para jemaah  untuk  bersoal jawab secara langsung bersama panel. Program ini pada akhirnya dapat memberi kefahaman kepada seluruh jemaah tentang erti sebenar KEMERDEKAAN.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 643
Semalam 1685
Minggu Ini 2328
Bulan Ini 27492

Keseluruhan 3637532

   Masa Capaian : 0.99 saat    Kemaskini :  19/5/2026