Penceramah Di Perlis Wajib Dapatkan Tauliah

Penceramah Di Perlis Wajib Dapatkan Tauliah

210323 PERLIS PENCERAMAH 2

 

KANGAR, 22 Mac- Pihak berkuasa agama Islam di Perlis perlu memantau dan memastikan setiap penceramah di negeri itu mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs).


Titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sekiranya berlaku sebarang pelanggaran, siasatan dan tindakan undang-undang perlu diambil terhadap penganjur serta penceramah bagi mengelakkan kesalahan tersebut berulang.

"Kewajiban bagi seseorang penceramah agama Islam adalah mendapatkan tauliah mengajar yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam selaras dengan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis (EPAI) 2006.

Kegagalan mematuhi perkara ini tertakluk kepada Seksyen 119 EPAI berkaitan kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah dan Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991," titah Baginda.

Baginda turut mengingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi segala dasar dan peraturan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).


Selain, agensi-agensi agama Islam negeri seperti JMNPs, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs).

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 457
Semalam 3299
Minggu Ini 7182
Bulan Ini 32346

Keseluruhan 3642386

   Masa Capaian : 1.06 saat    Kemaskini :  19/5/2026