FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Doa Sentiasa Diterima..

    Doa Sentiasa Diterima..

    Information
    12 Oktober 2022
    Doa Sentiasa Diterima..  Doa tidak pernah sia-sia. Apabila seseorang berdoa dengan penuh pasrah dan merendahkan jiwa kepada ALLAH, itu pasti mustajab. Itulah janji ALLAH. Cumanya, bilakah ia dimustajabkan dan dalam rupa atau keadaan yang bagaimana ia dimustajabkan itu merupakan pilihan ALLAH untuk hamba-hambaNYA atas hikmat yang DIA Maha Tahu. Betapa banyak doa insan yang telah dimustajabkan, namun insan itu terlupa atau tidak menyedarinya. Itu kerana, insan sering... Baca seterusnya

 

IMG 20221009 WA0012

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap tokoh ulama terkenal Maghribi, Syaikh Dr. Said Ibn Muhammad al-Kamali di Balai Menghadap Biru Istana Arau, malam tadi. Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dr Said berada di Perlis bagi menghadiri ‘Tausiah Syeikh Said Al-Kamali sempena Bulan Zikra Rasul Peringkat Negeri Perlis. Program ini anjuran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) diadakan pada pada 9.30 pagi hingga 12 tengahari hari ini di Auditorium KUIPs, Seberang Ramai Kuala Perlis.
 

Tokoh ulama berusia 50 tahun yang dilahirkan di Rabat, Maghribi ini mendapat pendidikan awal dengan menekuni serta mendalami ilmu al-Quran di Marrakech.

Beliau berulang-alik setiap minggu selama enam tahun ke wilayah Marrakech iaitu lebih kurang 350 kilometer (km) dari wilayah Rabat untuk bertalaqqi dengan Syeikh al-Muqri yang ternama iaitu Syeikh Abdul Rahim Nabulsi, salah seorang pemilik Ijazah Bersanad Tertinggi Ilmu Qiraat.

Dr. Said dianugerahkan Ijazah Bersanad 10 Qiraat bacaan al-Quran.

Beliau juga mahir dalam pelbagai teks dan matan dalam pelbagai ilmu iaitu imu Nahu, ilmu Sarf, ilmu Balaghah, Feqh, Hadith, Mustalah Hadith, Syair Kesusasteraan Arab dan lain-lain lagi.

Dalam perkembangan lain, kemuncak ‘Bulan Zikra Rasul Peringkat Negeri Perlis’ akan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Forum Zikra al-Rasul MAIPs bertajuk ‘Rasulullah S.A.W. : Cinta, Ikutan atau Slogan’ yang akan diadakan selepas solat Maghrib pada 11 Oktober ini di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar. 

Orang ramai dijemput hadir.

Sumber : Suara Merdeka