FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

 

IMG 20220907 WA0020

SEBUAH penempatan di Perlis pernah dikecam oleh orang asing sebagai “pengotor” sekaligus tuduhan memalukan ini wajar dijadikan sebagai pengajaran.

Sebenarnya ia sebagai peringatan untuk semua umat Islam di negeri ini, jangan sesekali menjadi individu yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Ia bertepatan dengan fatwa berkaitan ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Perlis.
 

Fatwa Alam Sekitar ini diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-20 dan 21 pada 18 hingga Februari 2016.

Timbalan Mufti Perlis, Ustaz Tajul Urus Abdul Halim berkata, kandungan fatwa itu menjelaskan bahawa setiap muslim wajib mengelakkan diri daripada melakukan apa-apa sahaja aktiviti dan perbuatan yang boleh memberi kesan kepada pencemaran alam sekitar.

Beliau berkata, kesan dari perbuatan ini boleh merosakkan kehidupan dan mengganggu secara langsung ekosistem.

“Sebarang usaha bagi menjaga alam sekitar adalah perbuatan yang digalakkan oleh agama dan merupakan amalan soleh,” katanya program Penjelasan dan Penyerahan Fatwa Negeri Perlis : Hukum Pencemaran Alam Sekitar di Jabatan Mufti Perlis petang ini.
 

Hadir sama wakil Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan (SWCorp Perlis), Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis.

Kesemua wakil juga menerima penyerahan fatwa berkenaan untuk rujukan di agensi dan jabatan masing-masing.

Ustaz Tajul Urus menambah, dalam fatwa itu menjelaskan Islam adalah agama yang memelihara kemaslahatan kehidupan manusia dan alam.

Katanya, tujuan syariah itu sendiri juga menegakkan maslahah dan mengelakkan mafsadah,” katanya.

“Jawatankuasa Fatwa Perlis menjelaskan bahawa apa-apa perbuatan yang mencemarkan alam sekitar dan memberi kesan kemudharatan fizikal secara langsung kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah haram, kecuali jika terdapat maslahah muktabar yang lebih besar atau mengelak mafsadah yang nyata.

Jadi tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab semua.

Sumber : Suara Merdeka