FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

 

WhatsApp Image 2022 08 31 at 4.15.29 PM

 

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat membuang sikap suka berpeluk tubuh, malas berusaha dan terlalu bergantung kepada bantuan orang lain.

Baginda bertitah, lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan perkembangan dan pembangunan semasa.
 
“Gandakan usaha kerana hanya dengan berusaha dan bekerja kuat sahaja kita akan berjaya di dalam hidup dan inilah sebenarnya makna sebenar perjuangan mewarisi dan mengisi kemerdekaan itu,” titah Baginda.
 

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Majlis Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 Peringkat Negeri Perlis di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar malam tadi.

Berkenan hadir Raja Perempuan, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khaleel. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Sementara itu kira-kira 20,000 rakyat hadir memenuhi stadium. Pelbagai acara diadakan di mana ia dimulakan dengan persembahan koir oleh 300 penjawat awam di negeri ini.

Selain itu juga diadakan perarakan oleh 58 kontinjen. Kemuncak acara adalah laungan merdeka dan persembahan bunga api tepat pada jam 12 tengah malam.

Sumber : Suara Merdeka