FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

 

14181d16 fcc7 49a4 80d8 8ad0eb012b3f

27 Ogos 2022 (Sabtu)- Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Unit Takmir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) telah menganjurkan Program Bedah Buku Durar Saniyyah Mutiara Rumah Tangga Daripada 77 Sunnah Nabawiyyah bertempat di Hotel Savana Kuala Perlis  dan disiarkan secara langsung melalui Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri.  Fokus utama program ini adalah kepada Guru-Guru Agama Islam  yang memegang tauliah Pengajaran Jabatan Mufti Negeri Perlis. 

Program Bedah Buku yang telah disampaikan oleh YBhg Dr. Kamilin Jamilin yang juga merupakan penulis buku ini. Telah dicetak pada tahun 2021 untuk edaran kepada Guru-Guru Agama Islam yang memegang tauliah Jabatan Mufti Negeri Perlis. 
 
Buku ini merupakan cetakan pertama dan telah dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perlis pada program Muzakarah Penolong Pendaftar Perkahwinan Orang Islam Negeri Perlis 2022 pada 14 Jun 2022 di Mess Pegawai Kanan Polis, Kangar Perlis.
 
Tujuan program ini adalah untuk memberikan kefahaman dengan lebih jelas kepada Guru-Guru Agama Islam yang memegang tauliah mengajar agar dapat menyampaikan kandungan buku ini dengan tepat menurut petunjuk al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Mengatasi tekanan jiwa dan stress dalam kalangan rakyat khususnya mereka yang berumah tangga. Dalam keadaan tekanan hidup yang ada pada masa sekarang, mampu membawa kepada pelbagai masalah keruntuhan rumah tangga, maka panduan dan bimbingan dari Guru-Guru Agama amatlah diperlukan. 
 
Program ini telah dirasmikan Mufti Negeri Perlis sebagai kemuncak acara. Semoga program ini dapat dimanfaatkan oleh semua.