FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

 

WhatsApp Image 2022 08 07 at 7.31.00 AM

 

RAJA Muda Perlis berkenan hadir bagi memeriahkan Malam Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Alumni Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Hotel Grand Mecure, Phuket, Thailand.

Aturcara ini adalah sebahagian daripada Program Ziarah Mahabbah yang diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulllail bersama 35 delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Wilayah Phuket, Thailand dari 5 hingga 7 Ogos, hari ini.
 
Baginda juga diiring oleh anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Salehuddin Abg Shokeran.
 
Pada majlis berkenaan juga diadakan bacaan puisi dari buku Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk Himpunan Puisi Dr. MAZA : Jambangan Puisi Jentikan Nurani keluaran DBP.
 
Sumber : Suara Merdeka