Tuanku Syed Faizuddin Lancar Buku Himpunan Puisi Dr. Maza

raja mupa perlis

 

PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan buku terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) ‘Himpunan Puisi Dr. MAZA: Jambangan Puisi Jentikan Nurani” di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP Kuala Lumpur hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran serta Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Majlis anjuran DBP itu bermula dengan ulasan buku ‘Bicara Karya’ oleh Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari.

Ia diikuti ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan juga ucapan Mufti Perlis, ‘Deklamasi Puisi’ oleh Ahmad Shukri Abdullah dan ‘Lagu puisi’ oleh Badrul Hisham Abdul Hamid. – 

Sumber : Utusan 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 454
Semalam 2142
Minggu Ini 15548
Bulan Ini 55546

Keseluruhan 3665586

   Masa Capaian : 0.98 saat    Kemaskini :  29/5/2026