• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Kenyataan Media Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis

LOGO RASMI JABATAN MUFTI

KENYATAAN MEDIA

SAHIBUS SAMAHAH MUFTI NEGERI PERLIS
 
Umum mengetahui bahawa polemik tentang Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani sedang hangat diperkatakan oleh umat Islam di Malaysia. Ini berikutan satu keputusan yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI kali ke-117 pada tahun 2020 yang dilihat tidak jelas dan pelbagai pendapat telah dikeluarkan oleh banyak pihak yang menyentuh keputusan tersebut.
 
Perlu diketahui bahawa, pengeluaran sesuatu fatwa rasmi khususnya aspek penguatkuasaan dan pelaksanaannya adalah terletak di dalam bidang kuasa negeri-negeri selaras dengan kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (2). 
 
Hakikatnya, Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani ini telah difatwakan sesat dan ada yang telah mewartakannya di beberapa negeri. Adapun Perlis masih belum membuat sebarang fatwa berkaitan dengannya sebelum ini. 
 
Justeru, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis akan memanggil satu sidang mesyuarat khas bagi membincangkan isu ini secara khusus. Pihak kami akan menjemput pembentang yang menyokong tarekat ini (Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti) dan penentang tarekat ini (akan ditentukan) untuk membentangkan hujah dan justifikasi masing-masing. Seterusnya ahli jawatankuasa akan menilai dan membuat keputusan fatwa berkaitan dengannya. Pembentangan hujah tersebut nanti akan direkod dan akan diuar-uarkan kepada umum sekiranya perlu bagi mengetahui keadilan serta kebenaran berdasarkan hujah dan fakta yang sahih.
 
S.S Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin 
11 Ramadan 1443/13 April 2022

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1173
Semalam 1356
Minggu Ini 1173
Bulan Ini 2529

Keseluruhan 2012338

   Masa Capaian : 0.88 saat    Kemaskini :  27/9/2023