FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

bd051861 8d57 4b95 88eb 343d635d14bf

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar guru agama di negeri ini memahami dan berpegang teguh kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

Baginda bertitah, guru agama yang mengajar di Perlis juga perlu mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis bagi mengelak daripada dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33 Enakmen Jenayah Dalam Syarak dan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis.
 
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, kedudukan guru agama dan murabbi adalah mulia di sisi agama malah mereka mempunyai tanggungjawab mendidik umat Islam untuk kekal berada di jalan yang benar.
 
"Sudah tentu peranan ini akan menentukan nasib dan keadaan ummah pada masa hadapan. Jentera pentadbiran kerajaan negeri dan Persekutuan yang berkhidmat di Perlis juga hendaklah memahami peranan guru dan para murabbi.
 
"Dalam hal ini, bantuan daripada agensi agama Persekutuan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah diperlukan bagi memastikan proses pemahaman dipermudahkan bagi mereka yang berkaitan," titah baginda ketika merasmikan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini, pada Isnin.
 
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
 
Sumber : Bernama