FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

32dc3170 7931 43c7 9d24 cbe17c9680bf

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis telah menganjurkan Majlis Iftar Jamaie DYMM Tuanku Raja Perlis Bersama Ahli Majlis 1443H/2022M dan Apresiasi Perkhidmatan Terpilih Jabatan dan Agensi Agama di Bawah MAIPs Tahun 2021.

Majlis telah diadakan pada 6 April 2022 (Rabu) bertempat di Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis bermula jam 6.00 Petang. Majlis diserikan dengan keberangkatan DYMM Tuanku Raja Perlis Dan DYMM Tuanku Raja Puan Muda Perlis. Turut berangkat DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir YAB Dato' Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis dan Datuk Seri Hasnol Zam Zam, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Pada majlis yang sama turut diadakan penyampaian tauliah dan perutusan lantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Dibawah MAIPs. Antara ahli jawatankuasa yang terlibat adalah Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Pengawasan Dan Pengajaran Negeri Perlis dan Jawatankuasa Ihya’ Sunnah Dakwah Dan Tarbiah MAIPs.

DYMM Tuanku Raja Perlis juga turut berkenan mengurniakan anugerah kepada kakitangan yang berkhidmat di bawah Agensi Agama di Bawah MAIPs. Agensi di bawah MAIPs adalah Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis. Turut serta adalah dari Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis.

Semua tetamu yang hadir menunaikan solat tarawih secara berjemaah dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Mufti Negeri Perlis.