Baginda yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut bertitah bahawa golongan individu yang mempunyai gejala seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak, selsema dan sebagainya juga tidak dibenarkan hadir ke masjid.
"Dalam masa sama juga, semua prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan hendaklah kekal dipatuhi pada setiap masa selain waktu menunaikan solat sama ada ketika selesai solat, ketika mendengar kuliah dan sepanjang tempoh berada di masjid.
"Selain itu, semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP kesihatan dan keselamatan yang berkuatkuasa.
"Malah, aktiviti sosial lain seperti perkahwinan, jamuan, gotong-royong, majlis berbuka puasa, iktikaf dan sebagainya turut dibenarkan," titahnya.
Titahnya, sebagai langkah kawalan, kebenaran khas untuk solat Jumaat kepada surau di institusi pendidikan masih diteruskan sehingga ke satu tempoh yang akan ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.
"Beta berharap fasa endemik yang bakal kita hadapi kelak, adalah satu permulaan baharu kepada kita untuk menempuh normalisasi pasca penularan Covid-19.
"Oleh itu, marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT, agar dipermudahkan segala urusan, serta dijauhkan daripada mara dan bahaya," titahnya.
Sumber : My Metro








