Forum Wacana Ilmiah Siri 1 “Bahaya Penglipur Lara Hadis”.

8c16400c 0c97 49d9 a431 0ae74fa6d468

 

Pada 4 Mac 2022 (Jumaat) Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis telah menganjurkan Forum Wacana Ilmiah Siri 1 “Bahaya Penglipur Lara Hadis”. Forum ini telah diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar selepas solat Fardhu Maghrib.

Tujuan penganjuran Forum Wacana Ilmiah adalah untuk mendapatkan input yang boleh membuka minda dan penambahan ilmu pengetahuan kepada masyarakat Negeri Perlis khasnya. Forum Wacana Ilmiah ini juga dapat membuang sikap fanatik dan taksub yang boleh membutakan mata banyak pihak dalam membuat penilaian yang benar.

Jemaah yang hadir pada program tersebut telah disajikan dengan forum yang telah dihadiri oleh SS.Mufti Negeri Perlis dan Prof. Madya Dr. Mohamad Rozaimi Bin Ramle (Rektor KUIPs). Forum telah dipengerusikan oleh YBhg. Ustaz Ahmad al-Qarni Bin Edrus (Mubaligh Jabatan Mufti Perlis). Forum ini telah diurusetiakan oleh Institut Sunnah Dan Irsyad Jabatan Mufti Negeri Perlis. 

Turut diadakan pada program tersebut edaran buku terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis secara percuma kepada jemaah yang hadir.

Program ini juga telah dijalankan secara langsung menerusi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Pro Media Tajdid dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 182
Semalam 2166
Minggu Ini 2348
Bulan Ini 42346

Keseluruhan 3652386

   Masa Capaian : 0.99 saat    Kemaskini :  22/5/2026