FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

 

1da3391d fe12 450b 8ab0 3948322e4eee

 

Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Masjid Al-Masyhoor, Padang Siding, Perlis telah menganjurkan Program Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis. Program ini telah diadakan di Masjid Al-Masyhoor, Padang Siding, Perlis pada 22 Februari 2022 (Selasa) bermula selepas solat maghrib.

Program ziarah ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan masyarakat setempat. Selain itu, program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat berkenaan isu-isu semasa dan hukum hakam dalam agama. Mereka yang hadir berpeluang untuk bertanyakaan secara terus kepada SS. Mufti Negeri Perlis. Turut didedahkan kepada masyarakat berkenaan dengan isu-isu semasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
 
Jemaah yang hadir pada program tersebut telah disajikan dengan forum yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Ustaz Ahmad al-Qarni Bin Edrus (Mubaligh Jabatan Mufti Perlis)
 
Turut diadakan pada program tersebut edaran buku terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis secara percuma kepada jemaah yang hadir.
 
Program ini juga telah dijalankan secara langsung menerusi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Pro Media Tajdid dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).