FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

6564fab2 3cea 4653 a752 b7b48c58d673

Kangar, 25 November 2021- Program Bengkel Al-Quran telah diadakan pada 24 November 2021 (Sabtu-Isnin) bertempat di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis.

Program yang dianjurkan oleh Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perlis, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perlis  (JAIPs) ini diadakan khusus untuk Imam-imam Dan Guru-Guru Agama JAIPs, Negeri Perlis. 

Program ini telah dibimbing oleh pakar yang bertauliah dalam al-Quran iaitu YBhg. Ustaz Muhammad Anas Bin Abdul Hadi, YBhg. Ustaz Ku Abdullah Bin Ku Jusoh dan YBhg. Ustaz Ahmad Sirajuddin Bin Abdul Satar.

Program ini antara lainnya bertujuan untuk menjadikan Imam-imam dan Guru-Guru Agama khususnya guru-guru yang mengajar al-Quran dengan tajwid dan kaedah yang lebih tepat.

 Program ini telah berlangsung dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.