Forum Khas "Islam Anti Khurafat"

d8fb40b4 5935 4539 a374 a481cb3454c4

KANGAR, 25 November 2021: Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengadakan satu forum khas pada 23 November 2021 yang bertajuk Islam Anti Khurafat. Forum Khas ini diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamallulail, Kangar, Perlis.

Forum ini adalah inisiatif dari pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis yang bertujuan unuk memberi pencerahan dan pendedahan kepada masyarakat Negeri Perlis berkenaan isu-isu khurafat yang bercanggah dengan ajaran  Islam.

Penganjuran forum berkenaan akan memainkan peranan untuk menyumbang kepada perbincangan matang dan meraikan perbezaan pendapat serta perspektif dalam pelbagai isu berkaitan.

Forum khas ini disertai oleh tiga orang ahli panel yang sangat bepengalaman iaitu YBhg SS Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, YBhg. Prof. Dr. Basri Bin Ibrahim dan YBhg. Prof. Madya Dr Rozaimee Bin Ramli. Turut serta dalam menjayakan forum khas ini adalah YBhg. Ustaz Mohd Rizal Bin Azizan yang bertindak sebagai moderator.

Program ini telah berlangsung dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 381
Semalam 3299
Minggu Ini 7106
Bulan Ini 32270

Keseluruhan 3642310

   Masa Capaian : 1.08 saat    Kemaskini :  19/5/2026