FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

771faeb5-41d3-4800-9dc4-8b48e776637f.jpg

Kangar, 25 November 2021- Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 55/2021 telah diadakan pada 22-23 November 2021 bertempat di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis.

Mesyuarat ini yang telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan dipengerusikan oleh YBhg. SS Mufti Negeri Perlis, Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan permasalahan agama bagi masyarakat Negeri Perlis.

Secara umumnya, Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk menyediakan fatwa atau pandangan hukum syariah dalam perkara agama dan isu semasa bagi masyarakat Negeri Perlis. Ia juga bertanggungjawab untuk membuat penyelidikan terhadap sesuatu serta penwartaan fatwa.

Pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis juga berkesempatan membawa Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis melawat ke Wang Kelian View Point dan disambut oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dalam rangka mempromosikan negeri Perlis.

Di sini mereka dapat melihat permandangan panorama negeri Perlis yang luas dan mempersona. Mereka juga telah diberi taklimat ringkas oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.