FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

 

7a0f8f0c bd86 4cce b832 346f168eab49

8 November 2021, Bengkel Panel Syariah Bil 5/2021 telah diadakan secara bersemuka bertempat di Hotel Savana Kuala Perlis, Perlis bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Tujuan Bengkel Panel ini membincangkan beberapa isu hukum yang berkaitan masyarakat umat Islam. Antara tajuk yang dibincangkan ialah“ Zakat Hartanah, Hukum Mengugurkan Janin Yang Cacat dan Hukum Nasab Anak Dari Perkahwinan Seorang Muslim Dengan Ahli Kitab” diakhir sesi Bengkel telah diadakan satu sesi taklimat bertajuk “Taklimat kaedah Rasm Uthmani Suatu Penelitian Semula” yang disampaikan oleh Dr. Azizul bin Hassan selaku Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu.

Hasil perbincangan dalam Bengkel Panel Syariah akan dikemukakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis untuk mengeluarkan keputusan fatwa dalam isu tersebut. Bengkel ini dihadiri seramai 20 orang ahli panel yang dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak.