Diskusi Peradaban Umat Serumpun

ef97256b e5be 4619 81e8 20f677c74332

‘Diskusi Peradaban Umat Serumpun’ adalah Program kerjasama antara Malaysia dan Indonesia yang telah diadakan secara dalam talian  bermula pada 27 September 2021 hingga 20 Oktober 2021 .

Program yang diadakan sebanyak lapan siri ini, secara keseluruhannya bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan isu-isu semasa dalam Islam berkaitan kedua-dua buah negara khusus bagi rakyat seluruh Negeri Perlis dan rakyat Malaysia amnya.
 
Antara lain,  Ia juga bertujuan bagi menjalinkan kerjasama antara ilmuan di Malaysia dan Indonesia. 
 
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis ini turut dijayakan oleh para Asatizah Negeri Perlis,  Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan panel-panel dari Majelis Tarjih dan Tajdid Muhammadiyah Indonesia.
 
Diskusi ini telah dijalankan secara langsung menerusi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Pro Media Tajdid, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan siaran media dari Pihak Muhammadiyah.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1083
Semalam 2166
Minggu Ini 3249
Bulan Ini 43247

Keseluruhan 3653287

   Masa Capaian : 1.33 saat    Kemaskini :  26/5/2026