FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

 

Screenshot 20211025 213929 Drive

Pandemik perlu dilihat sebagai satu hikmah, mengeratkan hubungan keluarga dan kepada Allah SWT. Ketika ramai menganggap wabak sebagai ‘meragut’ dan mengubah kehidupan, kita harus melihat ia sebagai satu hikmah yang tersirat. Kita akui, pandemik dan kehidupan norma baharu memberi impak besar namun kehidupan perlu diteruskan seperti biasa dengan semangat, pemikiran dan sikap yang positif.

Kini, kebanyakan kerja boleh dilakukan secara atas talian dan hampir 2 tahun kita melakukannya. Justeru, diingatkan “jika kita lihat sesuatu perkara itu dari sudut positif, maka ia akan menjadi positif dan begitulah juga sebaliknya”. Jadikan ia sebagai peluang kita meluangkan masa, bermesra dan bermanja bersama keluarga selain mendekatkan diri dengan Allah SWT.
 

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan merasmikan ‘Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) Siri Ke-2’ yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) secara maya hari ini.

Selain dengan YTF, seminar bertemakan “Women in Search of Excellence (WISE)” ini turut mendapat kerjasama agensi-agensi agama Islam yang lain di negeri ini termasuklah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAIPs) dan Jabatan Mufti.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Penasihat DiRaja YTF, golongan wanita tidak seharusnya menjadikan keluarga, suami mahupun anak-anak sebagai alasan mengetepikan impian masing-masing. Wanita diharapkan mampu membuat keputusan bagi membentuk diri, keluarga dan masyarakat sekiranya mereka percaya pada kebolehan sendiri.

Antara ahli panelis yang diundang dalam program secara langsung melalui aplikasi FB rasmi MAIPs, JAIPs, Jabatan Mufti Negeri dan Suara Sunnah Channel kali ini ialah Prof. Madya Dr. Mohd Rozaimi Ramli, Dato’ Dr Zaininah Mohd Zain, Dato’ Dr. Jahizah Hj Hassan, Dato’ Dr. Zaridah Shaffie, Prof Datin Dr. Raihana Haji Abdullah dan Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Sumber : Suara Merdeka