FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

 
 
b7d85d95 8c7b 481d 93d1 8fe053d87050
 
KANGAR - Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-54/2021 telah bersidang pada 8 - 9 September 2021 / 1 - 2 Safar 1443 yang berlangsung menerusi sidang video secara langsung. Mesyuarat initelahmelibatkan seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa Fatwayang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Profesor Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis. Mesyuarat turut disertai oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis dan YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs.
 
Antara isu-isu yang dibincangkan dalam mesyuarat pada kali ini ialah:
 
1 ) Fatwa Berkaitan Muslim Yang Berurusan Dengan Anjing
2) Garis Panduan Pertukaran Nama Orang Islam Negeri Perlis
3) Keharusan Keizinan Suami Bagi Isteri Mengandung Mendapatkan Vaksinasi COVID-19
4) Fatwa Isteri Yang Terlanjur Berzina Dan Nasab Anak Yang Dikandungnya
5) Pendaftaran Sesuatu Perceraian Bagi Pasangan Yang Berkahwin Tanpa Kebenaran Di Mahkamah Syariah      Negeri Perlis
6) Hukum Solat Jumaat Dua Kali Di Satu Masjid
7) Permohonan Istibdal Tanah Wakaf Khas Masjid Lama Kampung Guar Gajah Arau Perlis
 
Mesyuarat pada kali ini turut mendapat pembentangan berkaitan vaksinasi khususnya kepada ibu mengandung daripada pihak Islamic Medical Association Malaysian (IMAM). Jawatankuasa juga turut mendapat taklimat berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah Negeri Perlis bagi menguruskan Pendaftaran Sesuatu Perceraian Bagi Pasangan Yang Berkahwin Tanpa Kebenaran.
 
Hasil daripada mesyuarat itu terdapat beberapa keputusan fatwa telah diputuskan dan ada juga yang memerlukan kajian lanjut. Semua keputusan fatwa akan diangkat ke dalam mesyuarat MAIPs untuk diperakukan dan seterusnya akan melalui proses pewartaan selaras dengan Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis. 
 
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari dengan bacaan Tasbih Kaffarah.