Majlis Penyerahan Bantuan Musaadah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM

f887f8de d2da 4958 9c88 3dd48c638c39

20 Ogos 2021 (Jumaat)-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mengadakan majlis simbolik penyerahan Bantuan Musaadah kepada  penerima yang terpilih dikalangan asnaf Negeri Perlis serta simbolik penyerahan Musaadah oleh JAKIM kepada JAIPs. Majlis yang bertempat di perkarangan Masjid Alwi, Kangar ini telah dimulakan pada jam 9.00 pagi. 
 
Majlis dimulai dengan ucapan aluan Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM dan disusuli dengan ucapan Mufti Negeri Perlis YBhg SS. Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin.  Turut diadakan demo pemasangan set sanitizer.
 
Dalam majlis yang sama, turut diadakan majlis penyerahan set Sanitizer dari Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan  dan Pengerusi Yayasan Muallaf Malaysia.  Set Sanitizer ini akan diagih-agihkan kepada masjid-masjid di seluruh Negeri Perlis. Antara wakil masjid yang hadir adalah wakil dari Masjid Alwi Kangar, Masjid Negeri Arau, Masjid al-Hussain Kuala Perlis, Masjid Tuanku Syed Putra Kangar dan beberapa masjid lain di sekitar negeri Perlis. 
 
Hadir bersama adalah YBhg. Ustaz Mohd Nazim bin Mohd Noor CEO MAIPs dan wakil-wakil pertubuhan dari Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan Dan Pertubuhan Yayasan Muallaf Malaysia. Majlis diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
 
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1509
Semalam 2245
Minggu Ini 14461
Bulan Ini 54459

Keseluruhan 3664499

   Masa Capaian : 0.92 saat    Kemaskini :  29/5/2026