FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

 

WhatsApp Image 2021 08 11 at 5.53.20 PM

Dalam era di mana ‘hujung’ dan ‘pangkalnya’ semakin sukar dikenal pasti, ditambah dengan arus globalisasi dan kemodenan, keutamaan beragama harus menjadi agenda seluruh umat Islam.

Selari dengan sunnatullah yang menetapkan dalam kesukaran itu adanya ganjaran dan pahala yang banyak, adalah tidak mustahil sesuatu usaha yang awalnya dilihat sukar untuk mengislahkan masyarakat ramai, akhirnya dipermudahkan dan berkesan mewujudkan kesedaran dan kematangan dalam kalangan umat untuk terus menghayati agama yang sebenarnya.
 

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mempengerusikan mesyuarat khas kerjasama pendidikan antara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Indonesia yang dilaksanakan melalui dalam talian.

Mengetuai delegasi dari Indonesia ialah Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Prof. Dr. Kiyai Haji Haedar Nashir. Turut mengambil bahagian ialah Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia, Prof Datuk Dr Husaini Omar.

Hadir sama ialah Mufti Negeri, Prof Madya Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof Emeritus Dato Dr Kamarudin Hussin.

Titah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Tuanku Yang DiPertua MAIPs lagi, sebarang kesukaran atau cabaran itu, bukanlah alasan untuk tidak meneruskan usaha baik kerana sesuatu kesungguhan itu tidak dinilai dari hasilnya tapi dilihat pada keikhlasan dan kesanggupan melaksanakannya.

Sementara itu, Mohd Asri berkongsi pandangan bahawa Perlis dan Muhammadiyah yang merupakan sebuah organisasi Islam besar di Indonesia mempunyai banyak persamaan terutamanya dalam seruan dan gesaan untuk membebaskan bukan sahaja pemikiran, malah amalan dan ritual agama seharian daripada penyerahan dan turutan tanpa dasar kukuh agama, kepada semakan semula dalil berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Atas dasar usaha itu jugalah, mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan pelbagai agenda dan pendekatan dakwah serta pendidikan semasa, sebagai usaha pendedahan kepada kepentingan dalil dan kaedah yang benar dalam beragama.

Untuk rekod, pada November 2019 lalu Tuanku Syed Faizuddin Putra telah menerima undangan untuk berangkat ke Pekanbaru, Riau untuk merasmikan ‘The 1st International Seminar On Regional Tajdid’ dan juga menghadiri forum ‘Tabligh Akbar berjudul ‘Bagaimana Berinteraksi Dengan As-Sunnah Di Era Kontemporari’ di Masjid Raya An-Nur Pekanbaru.

Tuanku Raja Muda juga turut berangkat menghadiri satu program yang diaturkan bersama Pimpinan Muhammadiyah Wilayah Riau yang diadakan di Pondok Pesantren Mu’alimin Muhammadiyah Bangkinang selain menyaksikan majlis pemeteraian Penandatanganan Perjanjian Persefahaman kerjasama di antara pihak MAIPs dengan Pimpinan Pusat Muhammadiyah Indonesia.