Kuliah Maghrib Mingguan Mufti Negeri Perlis

 

4855eb6a 279b 4a72 b9c7 88cbf276bbd0

12 Ogos 2021 -Telah diadakan Kuliah Maghrib Mingguan Siri 162 secara bersemuka yang berlangsung di Masjid Alwi, Kangar, Perlis. Kuliah secara bersemuka telah mula dijalankan di negeri ini  sejak Negeri Perlis beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. Kuliah ini merupakan kuliah mingguan yang diadakan setiap hari Khamis selepas solat Maghrib.

Kuliah yang disampaikan oleh YBhg  SS.Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis ini berpandukan Kitab Bulughul Maram. 

Kuliah ini telah dihadiri oleh jemaah tempatan dengan pematuhan SOP yang ketat.

Di akhir kuliah tersebut, para jemaah berkesempatan untuk mengemukakan sebarang kemusykilan berkenaan agama kepada Ybhg. Sahibul Samahah  Mufti Negeri Perlis. Kuliah ini juga boleh ditonton secara dalam talian melalui page Suara Sunnah Channel dan Promedia Tajdid.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1114
Semalam 1482
Minggu Ini 1114
Bulan Ini 41112

Keseluruhan 3651152

   Masa Capaian : 1.00 saat    Kemaskini :  22/5/2026