FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN ARAHAN MEMBACA QUNUT NAZILAH EKORAN PENCEROBOHAN DAN SERANGAN KE ATAS MASJID AL-AQSA
 
Dengan kurnia limpah perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah meneliti perkembangan semasa tindakan pencerobohan dan serangan oleh tentera Israel dan pendatang haram Yahudi ke atas Rakyat Palestin dan umat Islam yang beribadah di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei 2021, dengan bertauhid dan bertawakkal kepada Allah, adalah dengan ini diperintahkan kepada semua masjid-masjid di Negeri Perlis untuk membacakan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat 5 waktu selama 2 hari dan 2 malam bermula daripada waktu Subuh, 11 Mei 2021 (Selasa) sehingga waktu Isyak, 12 Mei 2021 (Rabu). Lafaz doa Qunut Nazilah yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis adalah seperti yang dilampirkan.
 
Harapan
 
Sesungguhnya, pencerobohan dan serangan tentera Zionis ke atas masjid yang ketiga paling suci dalam Islam, ketika umat Islam sedang beriktikaf dan bertarawih bagi menghidupkan 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan, merupakan tindakan kejam lagi tidak berprikemanusiaan.
Saya menyeru kepada seluruh rakyat Perlis tercinta agar turut memperuntukkan doa kesejahteraan dan keselamatan buat saudara kita di Palestin.
 
MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH
1 KURUN MAIPs: MENGUKUH QIADAH, MENGISLAH UMMAH
 
SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Doctor of Education (Honoris Causa) La Trobe University, Melbourne, Australia
Honorary Doctorate In Management Science, Yala Rajabhat University, Thailand
Raja Muda Perlis
 
Yang DiPertua
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
 
Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis
 
Bertarikh : 11 Mei 2021 bersamaan 29 Ramadan 1442H
 
184860436 2873519516298857 7921524315119107719 n184968989 2873519549632187 3919912443121903278 n183417814 2873519596298849 4826116807583014121 n