FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

 

7e1355ff 6371 4287 9a20 0febf95eee18

KANGAR 18 Mac - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mengajak umat Islam di negeri itu bersama-sama menyertai kempen Perlis Berzikir yang di anjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Titah baginda, mereka yang sering mengingati Allah swt dalam jiwa dan sebutan lidah pasti akan beroleh pelbagai kurnian daripada-Nya.

'Kalau majoriti rakyat negeri ini sentiasa mengingati Allah, pastilah negeri ini akan diberkati dan mendapat pelbagai kurniaan daripada-Nya,' titah baginda yang berkenan melancarkan kempen Perlis Berzikir di sini hari ini. 

Turut berangkat ke majlis itu Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Sirajuddin juga berharap kempen itu dapat mengisi keperluan kerohanian dalam pembangunan negeri tersebut. 

Titah baginda, Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menjalankan pelbagai usaha untuk memupuk budaya berzikir dalam kalangan umat Islam di Perlis.

'Antaranya ialah papan iklan yang mengandungi zikir dipasang di sekitar Negeri Perlis, menerbitkan buku zikir, kuliah-kuliah dan penerangan tentang amalan zikir akan diberikan oleh penceramah-penceramah seluruh negeri dengan bimbingan dan panduan daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis, titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin turut mahu kempen Perlis Berzikir itu disokong dan didukung oleh semua agensi kerajaan dan institusi pendidikan di seluruh negeri selain usaha menggalakkan amalan zikir digerakkan ke segenap kawasan agar rakyat mengetahui zikir-zikir yang menjadi amalan Rasulullah Saw.

Sumber : Bernama