FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

 

WhatsApp Image 2021 02 09 at 3.01.26 PM

Raja Muda Perlis Titah Tahniah Atas Penerbitan Buku Kedudukan Istimewa Manhaj Ahlis Sunnah Wal Jamaah Dalam Perlembagaan Negeri Perlis

Sebuah lagi ‘Mercu Tanda Gemilang’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berjaya dilaksanakan pada sepanjang tahun 2020 yang lalu ialah melalui penerbitan buku “Kedudukan Istimewa Manhaj Ahlis Sunnah Wal Jamaah dalam Perlembagaan Negeri Perlis”.
 
Syabas diucapkan kepada Dr. Haji Hazman Hassan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) selaku penulis bersama dengan Haji Mohd Nazim Mohd Noor iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs yang telah mengangkat karya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
 

Tahniah juga turut dizahirkan atas beberapa penerbitan lain oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Antaranya buku “The Obligation of Understanding The Reality Before Issuing A Fatwa” karangan Sahibus Samahah Datuk Arif Perkasa Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, dan ‘Mukadimah Ilmu Di Dalam Memahami Hadith Nabimu’.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tambah baginda lagi, beberapa buku lain juga sedang dalam peringkat penulisan dan bakal diterbitkan dalam tahun 2021 ini. Antaranya ialah ‘Peranan Institusi Fatwa Dalam Mendepani Covid-19 Negeri Perlis’ serta ‘Kesilapan Dan Salah Faham Dalam Ibadah Korban’.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai topik pandemik Covid-19, Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua majlis berkenaan turut menggalakkan pihak MAIPs dan agensi-agensi bersama dengannya dalam menyediakan platform penerangan dan pengajaran kepada masyarakat. Siaran Program ‘Perlis Mengaji’ yang dilaksanakan oleh JAIPs telah juga menjadi mercu tanda gemilang MAIPs bagi tahun 2020.
 
Sumber : www.suaramerdeka.com.my