Raja Perlis Tegur AJK Masjid

118358996 2663783173939160 5328129080767029392 n

 

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menegur sikap segelintir Ahli Jawatankuasa Masjid yang membenarkan anak kariah ke masjid tanpa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan bagi mengelak penularan COVID-19.

Baginda menzahirkan kekecewaannya apabila terdapat segelintir kariah bertindak menyediakan sejadah dan pelitup muka kepada jemaah namun sejadah dan pelitup muka terbabit tidak diuruskan dengan betul selepas digunakan.

Baginda bertitah, ada juga kariah yang tidak melakukan penjarakan sosial yang betul ketika melaksanakan solat jemaah khususnya ketika solat Jumaat.

"Kadang-kadang mereka ini (jawatankuasa masjid) cuba hendak ambil hati anak-anak kariah dan jemaah dengan membenarkan mereka bersolat di tempat yang tidak sepatutnya.

"Ini jelas berlawanan dengan SOP, jarak antara jemaah mestilah mengikuti SOP jika ia tidak dijaga, boleh menyebabkan jangkitan berlaku.

"Begitu juga dengan pemberian pelitup muka dan sejadah kepada anak kariah yang tidak membawanya ketika bersolat di masjid, yang peliknya selepas solat ahli jawatankuasa bertindak mengutip semula pelitup muka dan sejadah berkenaan.

"Tidak boleh begitu, sebaiknya jangan diberi pinjam dan kalau hendak bagi juga, sedekah terus kepada jemaah berkenaan dan tidak perlu mengambilnya kembali," titah baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1442 Hijrah di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.

Pada majlis berkenaan, baginda turut disampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1442 Hijrah Peringkat Negeri Perlis kepada dengan Pengerusi Bersama (Industri) Malaysian Industry-Government Group For High Technology (MiGHT), Tan Sri Ir Ahmad Tajudin Ali dinobatkan penerima anugerah berkenaan.

Sehingga semalam, Perlis mencatatkan satu kes positif COVID-19 di Sanglang selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul ditamatkan pada 26 Ogos lalu.

Sumber : BH Online

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 337
Semalam 3299
Minggu Ini 7062
Bulan Ini 32226

Keseluruhan 3642266

   Masa Capaian : 1.03 saat    Kemaskini :  19/5/2026