FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

IRSYAD HUKUM
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS
_____________
 
HUKUM JAMAK SOLAT BAGI PETUGAS KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA YANG TERLIBAT DALAM MERAWAT PESAKIT COVID-19
 
Bagi staf-staf hospital yang terlibat secara langsung dalam merawat kes-kes covid-19 di hospital diharuskan untuk melakukan solat Jamak tanpa qasar dengan panduan berikut:
 
1. Pada asalnya wajib melakukan solat pada waktunya selagi mampu dan haram menjamakkan solat tanpa keperluan yang mendesak atau musafir.
 
2. Jika keadaan mendesak dan seseorang mampu untuk melewatkan Zohor atau Maghrib sehingga ke penghujung waktu dan solat Asar atau Isyak ditunaikan pada awal waktu, maka itu lebih utama. Ini yang dinamakan sebagai jamak suri (jamak pada gambaran sahaja) menurut Mazhab Syafie. Jamak cara ini ialah dengan melewatkan solat pertama ke hujung waktu dan menyegerakan solat yang kedua pada awal waktu. Kelihatan seperti jamak dalam satu waktu, padahal pada waktu yang berbeza.
 
3. Jika tidak mampu melakukan jamak suri tadi, dibenarkan untuk melakukan solat Jamak (tanpa qasar) sama ada jamak taqdim atau ta’khir, bergantung kepada kesesuaian kakitangan yang bertugas.
 
4. Ia dilakukan kerana keadaan terdesak dan kesukaran yang sememangnya telah berlaku atau dijangka berlaku dengan kepercayaan yang kuat bukan kerana bermudah-mudah dalam agama atau sangkaan tanpa bukti.
 
Ini berdasarkan hadis riwayat Ibn Abbas yang berkata :
 
صَلَّى رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بالمَدِينَةِ، في غيرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ
Terjemahannya : Nabi ﷺ pernah solat Zohor dan Asar kesemuanya di Madinah tanpa ada rasa takut dan musafir.
 
Bila ditanya kenapa baginda melakukan begitu, Ibn Abbas RA menjawab :
 
أَرَادَ ألَّا يُحرِجَ أُمَّتَه
 
Terjemahannya : Baginda tidak mahu menyusahkan umatnya. (HR al-Imam Muslim)
 
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada staf Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertungkus-lumus bertugas menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia. Anda wira kami.
 

14e0ea84 90c8 448d b6b1 4b746b8ff65d