Edaran Poster Berkenaan COVID-19

Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengeluarkan edaran dan panduan bagi tujuan menangani isu wabak COVID-19 yang kian membimbangkan. Edaran poster dan panduan telah dihantar ke masjid-masjid bagi tujuan hebahan kepada jemaah pada hari jumaat.

 

1)

Kepada mereka yang telah hadir ke perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor, pada 27 Feb 2020 hingga 1 Mac 2020, anda diminta untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum menghadiri solat jemaah. Anda ditegah menghadiri solat jemaah sekiranya anda didapati positif COVID-19 yang boleh menyebabkan jemaah lain dijangkiti. Ini selaras dengan sabda Nabi SAW:

إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَدْخُلُوهَا، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا مِنْهَا

Maksudnya: “Apabila kamu mendengar berita terdapat wabak taun di sesuatu tempat, maka jangan kamu masuk ke tempat tersebut. Demikian juga jika kamu sememangnya berada di tempat tersebut, maka jangan kamu keluar darinya.” (HR al-Bukhari)

Juga berdasarkan kaedah:

لاَضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksud: “Tiada kemudharatan untuk diri sendiri dan ke atas orang lain.” (HR al-Imam Malik di dalam al-Muwattha’)

Bagi mereka yang berpegang dengan pendapat wajib menunaikan solat fardhu berjemaah, para ulama yang berpendapat sedemikian sendiri tidak mewajibkannya jika ia boleh membawa kemudharatan kepada diri atau orang lain.

 

2)

PENGUMUMAN

Mana-mana ahli jamaah masjid yang baru pulang dalam tempoh 14 hari dari mana-mana negara berikut, seperti;
 
1) Republik Rakyat China (termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan).
 
2) Korea Selatan (terutama Daegu dan Gyeongbuk Cheongdo).
 
3) Jepun (terutama Hokkaido).
 
4) Itali (terutama Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna). 
 
5) Iran (terutama wilayah/bandar Tehran, Qom dan Gilan). 
 
Maka mereka hendaklah tidak menghadiri  solat secara berjemaah di mana-mana masjid di seluruh negeri Perlis bagi menghindari jangkitan Covid 19, melainkan setelah mendapat pengesahan kesihatan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 
 
 

916b4ee1 b360 4430 9a22 6ac2e684838992ceb0ee 0c6e 42be ba8a 4f8e9b6dd22c

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 987
Semalam 2136
Minggu Ini 10462
Bulan Ini 21205

Keseluruhan 3631245

   Masa Capaian : 1.10 saat    Kemaskini :  15/5/2026