FAQ Hubungi Maklumbalas Peta Laman

Keputusan Penetapan Perubahan Waktu Permulaan Solat Subuh Seluruh Negeri Perlis

Setelah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis dan diperakukan oleh MAIPs, adalah dimaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Khas bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Panel Syariah Negeri Perlis Berkaitan Penilaian Semula Nilai Altitud Matahari Di Bawah Ufuk Bagi Penentuan Awal Waktu Solat Subuh Di Negeri Perlis yang diadakan pada 30 Disember 2019 adalah seperti berikut :

 
Permulaan waktu solat subuh di negeri Perlis yang sebelum ini menggunakan parameter altitud matahari pada -20° di bawah ufuk diubah kepada parameter altitud matahari pada -18° di bawah ufuk.
 
Perubahan ini melibatkan pengurangan sebanyak 2° ( -20° kepada -18°) yang mengakibatkan pertambahan waktu permulaan solat subuh sebanyak 8 minit (1° = 4 minit, 2° = 8 minit).
 
Sehubungan itu, masyarakat di negeri Perlis dipohon agar menambah sebanyak 8 minit daripada waktu subuh sedia ada.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1135
Semalam 2099
Minggu Ini 5600
Bulan Ini 7794

Keseluruhan 4031002

   Masa Capaian : 1.08 saat    Kemaskini :  04/11/2026