Program Jom Tanya Mufti Santuni Golongan Mualaf Di Perlis
KANGAR, 27 November 2026 – Jabatan Mufti Negeri Perlis terus komited menyantuni golongan mualaf menerusi penganjuran Program Jom Tanya Mufti yang berlangsung di Pusat Dakwah MAIPs, Kangar, Perlis, pada Jumaat.
Program ini menyediakan ruang khusus kepada para mualaf untuk mengemukakan pelbagai persoalan berkaitan agama Islam secara langsung kepada Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin.
Melalui pendekatan santai dan mesra, para mualaf berpeluang mendapatkan penjelasan serta panduan berkaitan persoalan yang dihadapi dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim. Inisiatif ini juga menjadi wadah untuk mendengar permasalahan, memahami keperluan serta mengeratkan hubungan antara pihak jabatan dengan komuniti mualaf.
Jabatan Mufti Negeri Perlis berharap program seumpama ini dapat diteruskan sebagai usaha memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mualaf, di samping memastikan golongan ini sentiasa mendapat perhatian, bimbingan dan sokongan dalam perjalanan mereka mendalami agama Islam.




