FAQ Hubungi Maklumbalas Peta Laman

Program Semarak Iman Mualaf Perkukuh Penghayatan Ibadah Solat

Program Semarak Iman Mualaf Perkukuh Penghayatan Ibadah Solat

KANGAR, 20 November 2026 – Program Semarak Iman Mualaf yang berlangsung di Pusat Dakwah MAIPs, Kangar, pada Jumaat lalu meneruskan pengisian kuliah bulanannya khusus kepada peserta mualaf di Negeri Perlis bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran Islam.

Kuliah kali ini disampaikan oleh Mohd Nasrullah bin Mohd Noh, Mubaligh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan tajuk “Memahami dan Menghayati Maksud Bacaan dalam Solat”.

Pengisian kuliah memberi penekanan terhadap kepentingan memahami maksud setiap bacaan dalam solat agar ibadah yang dilaksanakan bukan sekadar memenuhi tuntutan, malah dapat dihayati dengan penuh kesedaran dan kekhusyukan. Kefahaman tersebut juga penting dalam membina hubungan yang lebih dekat antara hamba dengan Allah SWT.

Program ini diselaraskan oleh Institut Sunnah dan Irsyad, Jabatan Mufti Negeri Perlis sebagai usaha berterusan untuk memperkukuh kefahaman agama, memberikan bimbingan serta menyantuni golongan mualaf di negeri ini melalui pengisian ilmu secara berkala.

Jabatan Mufti Negeri Perlis sentiasa komited dalam menyampaikan ilmu dan memberikan bimbingan agama kepada seluruh lapisan masyarakat. Usaha ini diteruskan dengan azam untuk memastikan setiap anggota masyarakat, khususnya di Negeri Perlis, berpeluang memperoleh kefahaman Islam yang sahih serta dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 2243
Semalam 2611
Minggu Ini 2243
Bulan Ini 48127

Keseluruhan 4071335

   Masa Capaian : 1.01 saat    Kemaskini :  23/11/2026