FAQ Hubungi Maklumbalas Peta Laman

Jabatan Mufti Negeri Perlis Sertai Pertandingan Woodball SUKIP 2026

Jabatan Mufti Negeri Perlis Sertai Pertandingan Woodball SUKIP 2026

KANGAR, 21 November 2026 – Jabatan Mufti Negeri Perlis turut mengambil bahagian dalam pertandingan sukan Woodball sempena Sukan Antara Agensi Agama Islam Negeri Perlis (SUKIP) 2026 yang berlangsung di Laman Woodball, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), pada Sabtu.

SUKIP 2026 yang bertemakan “Sukan Memperkasa Ummah” menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai agensi agama negeri, termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Mahkamah Syariah Negeri Perlis, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Yayasan Islam Negeri Perlis serta Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan secara sihat, malah turut berperanan menggalakkan amalan gaya hidup aktif, mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan warga agensi agama di negeri ini.

Penyertaan Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam acara ini mencerminkan komitmen jabatan dalam menyokong usaha membudayakan aktiviti sukan dan menggalakkan kesejahteraan warga kerja. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah SUKIP 2026 dijadualkan berlangsung pada pertengahan Disember ini.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 2243
Semalam 2611
Minggu Ini 2243
Bulan Ini 48127

Keseluruhan 4071335

   Masa Capaian : 1.00 saat    Kemaskini :  23/11/2026