FAQ Hubungi Maklumbalas Peta Laman

Khutbah Jumaat Seru Umat Islam Manfaatkan Waktu Pagi

Khutbah Jumaat Seru Umat Islam Manfaatkan Waktu Pagi

KANGAR, 20 November - Jabatan Mufti Negeri Perlis menerusi khutbah Jumaat hari ini menyeru umat Islam supaya memanfaatkan waktu pagi dengan amalan ibadah, pekerjaan dan aktiviti berfaedah bagi memperoleh keberkatan dalam kehidupan.

Khutbah bertajuk "Keberkatan di Waktu Pagi" itu menjelaskan bahawa keberkatan bukan hanya diukur melalui kekayaan harta dan pendapatan, malah turut merangkumi ilmu yang bermanfaat, ketenangan jiwa, rezeki yang mencukupi serta kebahagiaan keluarga.

Sehubungan itu, umat Islam diseru mengamalkan lima perkara utama iaitu menunaikan solat Subuh secara berjemaah, memperbanyakkan zikir, membaca dan menghayati al-Quran, memulakan pekerjaan seawal pagi serta membudayakan amalan bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

Khutbah turut mengingatkan bahawa waktu pagi tidak seharusnya disia-siakan dengan tidur berlebihan dan sikap bermalas-malasan, sebaliknya perlu diisi dengan usaha mencari rezeki yang halal, melaksanakan tanggungjawab dengan amanah serta memelihara kejujuran dalam setiap urusan. Umat Islam juga digalakkan membiasakan diri membaca doa selepas solat Subuh agar dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima Allah SWT.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 448
Semalam 2222
Minggu Ini 10458
Bulan Ini 41028

Keseluruhan 4064236

   Masa Capaian : 1.06 saat    Kemaskini :  20/11/2026