FAQ Hubungi Maklumbalas Peta Laman

Bengkel Panel Syariah Negeri Perlis Perhalusi Isu Tilik Nasib, Khurafat Dan Doktrin New Age

Bengkel Panel Syariah Negeri Perlis  Perhalusi Isu Tilik Nasib, Khurafat Dan Doktrin New Age

KANGAR, 6 November 2026 – Jabatan Mufti Negeri Perlis hari ini mengadakan Bengkel Panel Syariah Negeri Perlis Bil. 3/2026 bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan pemeliharaan akidah dan penentuan hukum syarak.

Bengkel kali ini memberikan tumpuan kepada dua pembentangan kertas kerja utama, iaitu Garis Panduan dalam Menentukan Tilik Nasib dan Perkara Khurafat Menurut Syarak serta Ciri-ciri Ajaran New Age dan Kesannya kepada Akidah.

Kedua-dua tajuk tersebut menyentuh persoalan yang relevan dengan cabaran umat Islam masa kini, khususnya berkaitan amalan tilik nasib, kepercayaan khurafat serta pengaruh doktrin alaf baharu yang boleh memberikan kesan terhadap kemurnian pegangan akidah dan kesahihan amalan beragama.

Perbincangan dalam bengkel ini turut memberi ruang kepada penelitian dan perincian terhadap kedua-dua isu berkenaan dari sudut syarak bagi memastikan panduan hukum yang dirangka mempunyai asas penelitian yang jelas dan bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Segala hasil perbincangan dan resolusi bengkel akan diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis untuk penelitian dan pertimbangan lanjut sebelum sebarang keputusan muktamad dikeluarkan.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam memperkukuh usaha pemeliharaan akidah serta memastikan panduan hukum yang dikemukakan sentiasa mengambil kira cabaran pemikiran dan amalan masyarakat Islam semasa.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1994
Semalam 1758
Minggu Ini 10086
Bulan Ini 12280

Keseluruhan 4035488

   Masa Capaian : 1.08 saat    Kemaskini :  06/11/2026