FAQ Hubungi Maklumbalas Peta Laman

PISC 2027 Bakal Berlangsung 30 Hingga 31 Januari 2027

PISC 2027 Bakal Berlangsung 30 Hingga 31 Januari 2027

KANGAR, 3 November 2026 – Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2027 bakal berlangsung pada 30 hingga 31 Januari 2027 dengan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis berkenan menyempurnakan pelancaran pengumuman tarikh penganjuran konvensyen tersebut serta menyaksikan tayangan video montaj pelancaran sempena Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2026 di Dewan Warisan, Kangar, hari ini.

PISC 2027 yang bertemakan “The Breadth of Fiqh in Addressing Contemporary Challenges” atau Keluasan Fiqah dalam Menangani Cabaran Semasa bakal menghimpunkan barisan ilmuwan dan tokoh agama dari dalam dan luar negara bagi membincangkan keluasan fiqah serta peranannya dalam mendepani pelbagai cabaran masyarakat masa kini.

Antara tokoh yang dijadualkan terlibat termasuk Dr. Muhammad Salah dari Mesir, Sh. Assim Luqman Al-Hakeem dari Arab Saudi, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dari Malaysia serta Dr. Zakir Naik dari India, selain beberapa ilmuwan antarabangsa yang lain.

Konvensyen utama akan berlangsung di Dewan 2020, Kangar, Perlis, pada 30 dan 31 Januari 2027. Sementara itu, pengisian tazkirah ringkas dan khutbah Jumaat akan diadakan pada 29 Januari 2027 di beberapa lokasi terpilih.

Penganjuran PISC 2027 diharap dapat menjadi platform percambahan ilmu, pertukaran pandangan dan perbincangan ilmiah berkaitan keluasan fiqah, sekali gus memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap pendekatan Islam dalam menangani cabaran semasa.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 117
Semalam 2099
Minggu Ini 4582
Bulan Ini 6776

Keseluruhan 4029984

   Masa Capaian : 1.09 saat    Kemaskini :  03/11/2026