FAQ Hubungi Maklumbalas Peta Laman

Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis Sertai Pertandingan SUKIP 2026

Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis Sertai Pertandingan SUKIP 2026

KANGAR, 1 November 2026 – Pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis menyertai pertandingan petanque sempena Sukan Antara Agensi Islam Negeri Perlis (SUKIP) 2026 yang berlangsung di Gelanggang Petanque Majlis Sukan Negeri Perlis.

Penyertaan tersebut melibatkan acara beregu dan perseorangan sebagai platform menggalakkan gaya hidup sihat, selain mengeratkan hubungan serta memupuk semangat mahabbah antara agensi agama di negeri ini.

SUKIP 2026 yang bertemakan “Sukan Memperkasa Ummah” menghimpunkan penyertaan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Mahkamah Syariah Negeri Perlis, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Yayasan Islam Negeri Perlis dan Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis.

Beberapa acara lain, termasuk merentas desa dan boling, telah dilaksanakan sebelum ini sebagai sebahagian daripada pengisian SUKIP 2026. Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, turut menunjukkan sokongan terhadap program ini dengan menyertai pertandingan boling pada minggu lalu bagi mewakili Ketua Jabatan.

Penganjuran SUKIP bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah turut berperanan menggalakkan gaya hidup aktif, mengeratkan ukhuwah dan memperkukuh kerjasama antara agensi agama di negeri ini.

Penyertaan serta sokongan kepimpinan Jabatan Mufti Negeri Perlis mencerminkan komitmen dalam memupuk budaya sukan dan kesejahteraan kakitangan, selaras dengan tema “Sukan Memperkasa Ummah”.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1741
Semalam 2194
Minggu Ini 1741
Bulan Ini 3935

Keseluruhan 4027143

   Masa Capaian : 1.00 saat    Kemaskini :  02/11/2026